- Tempat di mana anda bermeditasi tidak mengandungi udara yang segar dan selesa. Komposisi oksigen yang tinggi memainkan peranan penting adalah antara faktor utama anda mendapatkan ketenangan dalam bermeditasi atau meditasi mampu dijiwai. Otak kita memerlukan oksigen untuk beroperasi dengan efisyen. Tanpa oksigen yang banyak dalam udara persekitaran, otak akan menjadi lemah. Apabila otak menjadi lemah, otak tidak mampu menjana gelombang yang hebat, akibat aktiviti-aktiviti eletrik yang tidak memberangsangkan.
- Tempat yang bising atau kehadiran bunyi-bunyian yang datang secara tiba-tiba. Gelombang otak dan juga tumpuan untuk relaks, akan terganggu dengan bunyi-bunyian yang hadir secara tiba-tiba atau bunyian yang bising. Otak dan jiwa kita akan tenang jika berada di tempat yang tenang suasananya.
- Tidak fokus, dan tidak kosongkan fikiran. Fikiran yang bercelaru akan menyebabkan kita tidak akan dapat memberikan fokus dalam bermeditasi. Terlalu banyak berfikir juga adalah salah satu faktornya. Atau pun, keadaan hati yang ragu-ragu dan was-was dalam bermeditasi, seperti dihambat perasaan ingin cepat selesai kerana ada kerja yang sedang menanti dan sebagainya.
- Kurang latihan meditasi juga adalah faktor meditasi tidak mampu dirasai. Diri kita perlukan latihan demi latihan, kemudian barulah seluruh konsentrasi mampu dihayati.
- Prejudis dengan ilmu aura & chakra, juga adalah faktor meditasi anda sama sekali tidak akan mampu dijiwai.
Isnin, 19 September 2011
FAKTOR MEDITASI TIDAK MAMPU DIJIWAI
Langgan:
Catatan (Atom)